Monday, May 16, 2011

Petua Diet Untuk Kecantikan Kulit



Ni terbaca kat majalah, sementara kulit masih ok ni, jom kite same2 amalkan petua diet untuk maintain mude dah berseri :)

Diet untuk Kulit Halus
Makan buah- buahan dan sayur- sayuran yang berwarna oren, merah atau hijau tua seperti labu kuning ,lobak merah, ubi jalar, tomato dan bayam. Bahan makanan ni dipercayai mengandungi beta karoten, antioksidan yang meghalang aktiviti sel radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit berkedut. Beta karoten jugak dapat menghidupkan sel DNA yang merangsangkan proses pelepasan kulit mati dan menjadikan kulit tampak segar dan halus. Ni kene makan hari2 baru nampak kesan die.

Diet Cegah Kerosakan Kulit
Pengambilan coklat gelap 'dark coklat' , biji bunga matahari dan teh hijau boleh mengatasi reaksi radikal bebas dan melindungi kulit dari molekul-molekul perosak luaran yang berasal dari pencemaran udara. Coklat gelap dan teh hijau mengandungi polyphenols yang mampu mengurangkan keradangan kulit dan melancarkan peredaran darah ke kulit.

Diet untuk Kulit Tegang dan Cerah
Bottom line die, pengambilan buah- buahan dan sayur-sayuran yang tinggi Vitamin C seperti, strawberry, brokoli, buah naga mampu mengaktifkan fibroblast, iaitu sel pembuat kolagen. Jadi, tak payah beli colagen mahal2 kat pasaran tu, cukup dengan pengambilan buah-buahan dan sayur sayuran boleh menjadikan kulit tegang dan sihat.

Sharing is caring :). Kene tampil cantik dan menarik untuk hubby tersayang, ye tak?Selain tu, bak kate ustaz ceramah agama, hati yang bersih tu akan terpancar seri di wajah. Sambil tu same2la kite membersihkan jiwa dari perasaan dengki dan prasangka. Aminn..

0 comments:

Post a Comment