Tuesday, May 17, 2011

Cara merawat Jaundis atau Bayi Kuning

Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh
meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku
dalam masa sebulan selepas bayi lahir. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi
14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

• Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan
ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
• Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang
pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
• Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran.
Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan
pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?
Bayi anda mungkin sihat jika :

• Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
• Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
• Bayi anda sihat dan aktif.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

• Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
• Peningkatan kekuningan yang cepat
• Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
• Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
• Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
• Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya
sehingga menyebabkan:

• Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan
pendengaran.
• Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

1. Rawatan foto

Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga
indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.


Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

2. Pertukaran darah.

Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL
(340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi
menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini
bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

My daughter dulu kene jaundis jugak, buat rawatan foto ni, tak sampai hati tgk kene jemur bawah lampu tu, pakai diaper je. Doc advise bagi minum susu ibu sebanyak yang mungkin untuk mengurangkan kadar kekuningan die, mase ni baby akan kelihatan tidak aktif and badan die slightly warm.

0 comments:

Post a Comment